FOLLOWERS

Tuesday, February 22, 2011

Gunung Ledang Ada Emas Nabi Sulaiman??

Gunung Ledang merupakan sebuah gunung yg mempunyai lagenda nusantara Melayunya yg berkisar tentang puteriya iaitu Puteri Gunung Ledang dan khazanah yg di katakan tersimpan di situ.
Mount Ophir pula merupakan sebuah gunung yg mempunyai lagenda eropahnya yg berkisar tentang Queen of Sheeba. Mt Ophir ini juga di katakan mengandungi longgokan harta yg banyak.
namun, apakah kaitannya antara gunung Ledang dan Mt Ophir? kedua-duanya menyimpan khazanah yg banyak dan mempunyai simbol wanita sebagai asas lagendanya. namun yg paling menarik ialah gunung Ledang dan Mt Ophir adalah sebuah gunung yg sama tetapi mempunyai dua nama. satu; nama utk pengenalan di alam nusantara dan kedua; nama utk pengenalan org barat.
di dalam Old Testament iaitu kitab yg penganut kristian percaya diturun kpd Nabi Musa, tercatat perkataan Ophir yg menyatakan di situlah tempatnya tersimpan harta yg banyak yg menjadi sumber kekayaan Nabi Sulaiman.
di dalam Quran juga ada tercatat tentang Nabi Sulaiman dan kerajaannya yg cemerlang dgn kegagahan dan kekayaan. Nabi Sulaiman mempunyai seorg isteri yg bernama Permaisuri Balqis.
dalam konteks ini sekali lagi ada keseiringannya iaitu Solomon itu mungkin Nabi Sulaiman dan Queen of Sheeba itu mungkin Permaisuri Balqis. meskipun Islam dan Kristian mempunyai versi cerita masing2 yg tersendiri namun jelas karektornya adalah sama.
dalam cerita rakyat Bugis Sulawesi ada kisah tentang seorng puteri yg bernama Bilqis, ini ada persamaan dgn nama permaisuri Balqis. dalam pd itu, Sheba adalah nama negara kerajaan Balqis, yg ibu negaranya adalah Zaba, yg bunyinya sama dgn negeri Sabah, sekali lg ada kebetulan.
dalam Old Testament ada dinyatakan bahawa emas yg berasal dari Ophir merupakan emas yg berkualiti tinggi yg lebih mahal dari emas biasa. emasnya kemerahan ataupun dipanggil 'emas merah'.
tidak ada emas di afrika mahupun india ataupun australia yg mengandungi bijih emasnya yg setulen emas yg terdapat di semenanjung Malaysia. mungkin sebab inilah timbulnya ungkapan semenanjung emas.
sekali lg timbul persoalan, apakah kaitannya ini semua?..kaitannya bolehlah dihuraikan begini; Nabi Sulaiman seperti yg diyakini oleh penganut Islam merupakan seorg utusan Allah yg mempunyai kelebihan luar biasa yg boleh memerintahkan segala makhluk di atas muka bumi ini utk patuh pd perintahnya.
dalam Quran memang diceritakan tentang Nabi Sulaiman mengarahkan jin utk memindahkan istana Balqis. Nabi Sulaiman mungkin juga telah mengarahkan jin mencari emas utk dijadikan persembahan kpd Balqis.
angkatan jin yg patuh pd perintah Nabi sulaiman telah mengumpul emas dari seluruh pelusok dunia dgn mengambil hanya yg berkualiti sahaja yg di kenali dgn nama panggilan emas merah.
apabila Nabi sulaiman telah memperisterikan Permaisuri Balqis beliau telah membina sebuah bandar yg dipanggil Zaba atau Saba sebagai pusat pemerintahan regionalnya di sebelah timur jauh. beliau juga melantik isterinya sebagai pemerintah di situ. kawasan itu kekal hingga ke hari ini dgn panggilan Sabah.
untuk memastikan kemakmuran kerajaan yg diperintah oleh isterinya, beliau telah mengarah keseluruhan simpanan emas merah yg dikumpulkan oleh angkatan jin utk dibawa ke Mt Ophir berhampiran Melaka krn ia tidak jauh dari Saba (Sabah).
utk memastikan keselamatan simpanan emas itu, angkatan jin telah diarahkan utk menjaganya dan sehingga ke hari ini hanya mereka yg tahu akan cara dan syaratnya sahaja akan berkesempatan utk menemui emas itu.
kisah Solomon berkisah pd tahun 950 sblm masihi. Solomon sentiasa dikaitkan dgn Solomon Island yg selalu muncul dlm filem2 Hollywood dan buku adventure. mungkin yg di maksudkan dgn Pulau Solomon ialah pantai Melaka.
kerana kononnya terdapat bukti bahawa Firaun Sahure, Firaun Tutmose & Firaun Ramses telah menghantar ekspedisi utk mencari pulau ini meskipun dlm peta dunia terdapat pulau Solomon yg berhampiran dgn benua afrika, namun itu bukanlah pulau Solomon yg mengandungi khazanah, krn emas tidak pernah ditemui di situ. pulau Solomon itu dinamakan oleh penjelajah Sepanyol krn mungkin menyangka bahawa mereka menemui pulau Solomon.
kebanyakan penjelajah menggunakan bintang spica sbg panduan dalam pelayaran menuju pulau Solomon yg sebenar. pd zaman Solomon & Queen of Sheeba, bintang itu dikatakan bersinar ke Melaka.
terdapat cerita yg menyatakan bahawa ketika ditanya kpd Solomon tentang di manakah khazanah itu disimpan, Solomon menjawab bahawa ia berada dalam simpanan seorg gadis. gadis itu ditakrifkan sbg Puteri Gunung Ledang.
akhir kata andaian bahawa khazanah Solomon tersembunyi di Gunung Ledang adalah didasarkan darp perkara2 berikut; pertama Gunung Ledang dikenali juga dgn nama Mount Ophir dan perkataan Ophir ini memang tertera dalam Old Testament. kedua, Ledang membawa maksud 'menyinar terang dalam pancaran matahari', ini mungkin menggambarkan tentang pantulan cahaya emas hasil dari pancaran cahaya matahari terhadap emas.
memetik kata2 Nabi Daud, ayahanda kpd Nabi Sulaiman: "semata-mata krn ia tidak pernah ditemui & dibongkari dan tidak terdapat dibuktikan, tidak bermakna ia tidak wujud"
Wallahua'lam..

14 comments:

  1. pulau nya adalah pulau besar krna d jaga berbagai mahkluk nyata atau x nyata. di gunung kinabalu terdapat seorang ulamak yg boleh mengarahkan jibrail mengambil emas & mengalihkan emas kemana shj yg di minta oleh ulamak tersebut walaupun emas itu berada di bank dunia sekalipun.
    Islam akan bangun semula & ianya akan bermulanya di malaysia tidak lama lagi krna pemegang amanah(keturunan nabi sulaiman) wang &emas Nabi sulaiman dah ada di malaysia hanya menungu masa yg sesuai.Cuba adik aisha kaji PUTERI MARIAM YG ASAL DR FILIPINA ia keturunan dr mana kalau dapat PM sy tq

    ReplyDelete
  2. Mungkin juga Gunung Ledang Ledang bukanlah Mount Ophir seperti yang dimaksudkan.Kerana di dalam hadis Nabi Muhammad menerangkan bahawa memang benar menjelang akhir zaman, air akan surut dan akan terpancar sebuah gunung emas yang di ceritakan dari turun temurun.Tetapi gunung emas yang dimaksudkan Nabi Muhammad bukanlah di Gunung Ledang.

    Dari Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum sungai Euphrat menyingkap gunung emas, sehingga manusia saling membunuh (berperang) untuk mendapatkannya. Lalu terbunuhlah dari setiap seratus orang sebanyak sembilan puluh sembilan dan setiap orang dari mereka berkata: Semoga akulah orang yang selamat. (Shahih Muslim No.5152)

    ReplyDelete
  3. sy pun ada terbaca perkara yg sama seperti yg saudara anonymous nyatakan di atas..kemungkinan besar ianya juga benar, tp pendapat saudara oghae jg tidak boleh dinafikan, memandangkan Malaysia memang penuh dengan misteri yg belum tersingkap. Negara ini memang dilindungi oleh Allah dari berbagai segi. Lihat saja faktor geografi negara kita yang jauh lebih terlindung dari negara2 lain termasuk jiran2 kita yg biasa ditimpa bencana gempa bumi, gunung berapi dll..wallahu'lam..

    ReplyDelete
  4. saya tertarik dengan kenyataan saudari ;

    terdapat cerita yg menyatakan bahawa ketika ditanya kpd Solomon tentang di manakah khazanah itu disimpan, Solomon menjawab bahawa ia berada dalam simpanan seorg gadis. gadis itu ditakrifkan sbg Puteri Gunung Ledang.

    boleh berikan rujukan?semoga ia boleh menjadi satu hujah yang kuat

    ReplyDelete
  5. Maaf saudara doden..pihak saya tidak mempunyai rujukan atau bukti yg kukuh atau pun nyata. Kerana ia merupakan cerita dari satu pihak ke pihak yang lain. Walaupun benar emas itu disimpan oleh Puteri Gunung Ledang, namun tiada siapa di zaman ini yg pernah menjumpai beliau secara nyata. Dan tiada juga kepastian tentang adakah beliau masih hidup sehingga ke hari ini. Wallahualam..
    Tetapi saya yakini bahawa semenanjung Malaysia ini terdapat emas yg banyak tetapi telah dilindungkan Allah kerana atas sebb2 akhir zaman..yg bakal berlaku mungkin tak lama lg..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...teori hamba yg serba daif ini,,hati ingin mengatakan Bukit Panau(Mount Orphir) di kelantan,byk sejarah di daerah ini telah dipadamkan British,Siam, dan sekutu melayu nya..atas sbb2 tertentu..
    Bukit Panau>>kaitan sejarah>>Kerajaan Pan-pan,Chih Tu,Kerajaan Langkasuka(Kelantan Barat),Kerajaan Chermin,Kota Jeddah,MajaPahit II,Negeri serambi Mekah..
    Individu>>Paduka Che Siti(Raden Galuh Gemerchang),Syeik Hussein Jamlud Kubra(cucu-cicit nabi SAW),Syeik Tahanudin(Adi putra),Awang selamat(hulu balang),Hang Tuah,Puteri Saadong I&II&III,Sayyid Ali Nurul Alam(Patih Aria Gajah Mada),Maulana Malik Ibrahim(Wali Songo),,byk lg DLLL....
    mereka semua berada di sini,,
    Wallahualam.....

    ReplyDelete
  7. saudara Anonymous..

    Teori tuan hamba pertama kali sy baca dan dengar..tp maaflah saya pun tak tahu sama ada benar teori tuan hamba itu atau tidak..

    tapi saya harap tuan hamba boleh rujuk dalam laman web alter terahsia bangsa melayu..

    di situ mungkin tuan hamba boleh mendapat lebih pencerahan mengenai perkara di atas.

    wallahu'alam.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum saudara Aisha rider..
    mgkin kite blh berkongsi pendapat dan melebar ukhuwah jika tuan hamba add Fb sya..
    https://www.facebook.com/jebolebu.kiey?ref=tn_tnmn
    Trima kseh..

    ReplyDelete
  9. Saya sudah melihat dokumen-dokumen emas milik iluminati yang berjaya di seludup keluar. Iluminati ini sudah pun mengetahui kedudukan Mount Ophir. Secara jelas ia bukanlah di Gunung Ledang. Lojiknya, jika benar ada emas, sudah tentu aktiviti perlombongan emas akan masih wujud di G Ledang. Saya sudah menyaksikan aktiviti perlombongan emas sebenar di Mount Ophir. Pengeluarannya dalam bentuk jongkong masih ada dan dijaga oleh ahli iluminati rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan nya... Mount Ophir tetap di Tanah Melayu?

      Delete
    2. Tuan Shahpaskal cuba la citer kat mana. Kat Bukit Panau ke? Kat situ ada ke aktiviti perlombongan emas sekarang ni? Kalau Bukit Panau, tentulah namanya bukan Mount Ophir tapi Hill Ophir. hehe..gurau je.. Atau kat Ulu Pahang? Lombong emas yang dijalankan sejak 3000 tahun dulu? Saya rasa Mount Ophir kat Ulu Pahang..Kat Raub?..yang terletak antara Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Gunung Berapi Benom? Atau Kuala Lipis, Jerantut atau tempat lain di Kelantan? Kalau ikutkan, lokasi berhampiran dengan gunung berapi sangat kaya dengan sumber mineral seperti emas, perak, bijih timah dan banyak lagi..Betul tak Mount Ophir kat Raub?

      Delete
  10. sye rase bkn kebetulan, tp mgkin perancangan Allah pd kita..

    ReplyDelete
  11. bg sye semua penceritaan ni mgkin ssh nk dipercayai tp kita x bleh menolak bulat2..sbb sye tertarik dgn pndapat seorg saudara kita diatas kerana negara kita ni sentiasa terpelihara dimane tiada bencana alam yg dasyat sprti yg terjadi pd negara jiran kita, tiada persengketaan yg berpanjangan yg kita lihat terjadi di negara asia tenggara yg lain mlh sentiasa aman dan makmur. cthnye negara kita ini sdh lme terkenal tp org jrg mmberi perhatian pd negara kita, tp lbih pd tetangga kita yg laen..Adakah Allah ada perancgan utk kita pd mase dpn?negara kita ni byk misteri yg blum dirungkai lg..sye sendiri merasakan kemungkinan besar emas nabi sulaiman itu ada disimpan di gunung ledang kerana gng ledang ledang itu mempunyai seribu satu misteri yg x terungkai lg..kita x tahu sejarah yg terjadi seblm kelahiran nabi isa 2000 thn dlu krn ada rekod sejarah bhw org mesir purba pernah dtg kensini utk mendapatkan stok rempah ratus. Masakan ptolemy sarjana Greek kuno ada memnyebut semenanjung ini semenanjung emas, jd semenanjung kite ni mmg dh terkenal dr dulu lg.cume sejarah yg kita bace skrg ni hnye byk penceritaan lebih krg 1000 thn dulu saje..kte x tau sblmnyer.Nabi Muhammad saw sendiri pernah menyebut islam akan bangkit di sebelah timur kemungkinan kita kemungkinan tidak tp jika benar emas nabi sulaiman itu wujud di gunung ledang ia akan menjadi satu bantuan utk kita guna di akhir zmn nnt utk menntg musuh Allah seblm terjadinye kiamat..mlh kristian mormon juga sdg mengkaji tentg bgsa kita krena mereka merasakan kita ni keturunan nabi ibrahim dan keturah yg brhijrah dari asia barat utk mencari bumi yg dijanjikan Allah disebelah timur..ada juga pendapat keturunan bani israel yg melarikan diri dr Jerusalem dan kita slh satu dr 10 puak yg hilang..wallahualam kita hanya bercerita tp kesahihannya Allah yg tahu kerana asal usul org Melayu msih diperdebatkan sehingga hr ini..

    ReplyDelete
  12. berkenaan dengan emas ni, tanah melayu memang banyak emas, cuma perkara ini terpaksa dirahsiakan oleh kerajaan kita sendiri atas sebab-sebab tertentu. Wallahua'alam. Nasihat saya, jika mempunyai wang simpanan, eloklah ditukarkan kepada emas. Ada ahli yang pakar dalam sistem ekonomi dunia, menganggarkan bahawa nilai mata wang akan jatuh (dijatuhkan sendiri oleh orang2 yahudi). Maka pada ketika itu wang kertas tidak akan bernilai lagi..

    ReplyDelete