FOLLOWERS

Wednesday, March 2, 2011

Lagu Lucifer Oleh Shinee Agenda Yahudi


Sebelum saya mengupas lebih lanjut tentang lagu Lucifer dari kumpulan Kpop Korean iaitu SHINee ini, terlebih dahulu saya ingin memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai apa itu Lucifer. Mungkin ramai sudah mengetahui maksud sebenar Lucifer itu sendiri dan siapakah yang berada dan dipercayai menggunakan nama tersebut mengikut pandangan umat Islam.
Sekiranya diperhatikan makna sebenar yang termaktud dalam Wikipedia maksud Lucifer itu adalah:-
Traditionally, Lucifer is a name that in English generally refers to the devil before being cast from heaven, although this is not the original meaning of the term. In Latin, from which the English word is derived, Lucifermeans "light-bearer" (from the words lucem ferre). It was the name given to the dawn appearance of the planet Venus, which heralds daylight. For this meaning, English generally uses the names "Morning Star" or "Day Star", and rarely "Lucifer".(sumber)
Maksud yang lebih mudah Lucifer itu adalah Iblis sebenarnya. Allah s.w.t menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan para malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu Iblis dinyatakan sebagai penghuni neraka.
Sejarah membuktikan bahawa Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain, yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya. Iblis merasa dirinya lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam, kerana ia diciptakan dari unsur api, sedangkan Adam dari tanah dan lumpur. Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun telah diperintah oleh Allah s.w.t.
Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat. Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan, tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan bangsa Adam, sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat, mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang, menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.
Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu: “Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah.”
Sebagai penambahan Iblis yang dilaknat oleh Allah s.w.t itu merupakan adalah barisan malaikat yang paling hadapan sekali pada masa ia masih lagi di syurga. Umat Islam seluruh dunia mengetahui akan hal ini dan Iblisdikenali sebagai malaikat Azazil pada masa itu. Sekiranya anda perasan banyak lagu yang mungkin pernah anda dengar dan lihat liriknya, pasti ada sesetengah lirik mengandungi perkataan 'fallen angel' dan selalunya merujuk kepada Lucifer yakni Iblis laknatullah.
Lihat buktinya dalam ayat-ayat Al-Quran:-
"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi." (QS. Al Baqarah : 30)

Semua malaikat hampir serentak menjawab mendengar kehendak Allah.

"Ya Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi, yang hanya akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah di bumi, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau." (QS. Al Baqarah : 30)

Allah menjawab kekhawatiran para malaikat dan meyakinkan bahwa,

"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (QS. Al Baqarah : 30)

"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat "Sujudlah kamu kepada Adam,  maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir" (Al Baqarah: 34)
Perkataan Lucifer selalu dimain-mainkan oleh puak pelampau yahudi dan kebanyakan orang-orang barat untuk mengabui mata orang ramai berbanding menggunakan nama Iblis itu sendiri. Kita lihat pula makna perkataan kumpulan SHINee itu sendiri. Perkataan itu sengaja dipendekkan daripada perkataan 'shine' yang bermakna bersinar. Cuma mereka menambahkan perkataan 'e' dihadapan supaya tidak nampak terlalu jelas. Begitu juga jika diinggeriskan "SHINee" itu kepada 'shiny' yang membawa maksud  yang sama iaitu bersinar-sinar. Apa pula kaitannya dengan Lucifer?
Ada kaitannya. Walaupun ianya mungkin nampak secara kebetulan tetapi nama SHINee itu sendiri mempunyai persamaan dengan makna Lucifer. Cuba anda perhatikan makna sebenar (Lucifer means "light-bearer") iaitu pembawa cahaya. Bersinar & pembawa cahaya adalah merujuk pada orang yang sama. Anda tahu siapa orangnya. Maksud yang lebih mendalam lagi boleh merujuk kepada Wikipedia yang saya berikan di atas.
Cuba anda perhatikan pernyataan yang dikeluarkan oleh pihak SM Entertainment apabila diajukan soalan mengenai lagu Lucifer oleh kumpulan SHINee itu:-
Kumpulan Kpop SHINee
On the 16th, Sm Entertainment released Idol group SHINee’s image of their 2nd album ‘Lucifer’, releasingSHINee’s image at 10PM on that day required huge amount of technology/skills, to display the members’ new look.
*Members using their eye expression to show their main song ‘Lucifer’, in Christianity, Lucifer means the falling angel of the devil. SHINee with a refreshing image in the past activities, showed a big transformation and a feeling of approaching in their 2nd album.
SM expressed that ” A selfish heart, persevering love, wrongly threatened and repeatedly revolving appearance of an angel and devil, lovers having a vague feeling in Lucifer” “The meaning of religion is to have courage”.
Mereka hanya menyatakan untuk memperlihatkan dan mempersembahkan lagu Lucifer itu dalam masyarakatkristian yang mempercayai ia adalah malaikat dari langit yang disumpah menjadi 'devil'.  Mereka cuma ingin menyampaikan sebuah lagu untuk menghormati kepercayaan masyarakat kristian. Itu sahaja. Alasan ini adalah sangat daif dan tidak betul. Mereka tidak memahami bahawa lagu itu adalah penyembahan kepada Iblis!!!
Liriknya yang telah dialih bahasa kepada versi inggeris adalah jawapannya:-
Even if I try to avoid you, I can't find a place to hide
I'm trapped by you, who I can't even deny
If it was love, if you really loved me, don't do this to me
Her whisper is the Lucifer

Maksud:
Bahkan jika aku cuba untuk mengelakkan kau, aku tidak dapat bersembunyi
Aku terperangkap oleh kau, dimana tidak boleh aku nafikan
Jika itu cinta, jika kau benar-benar mencintaiku, jangan lakukan ini padaku
Bisikannya adalah Lucifer
Jika diterjemahkan ke dalam erti kata lebih mendalam lagi, lagu ini memang akan menampakkan kepada penyerahan dan penyembahan kepada Iblis. Masakan lagu seperti ini boleh didengari oleh umat Islam? Dan mereka perlu ingat lagu itu juga boleh menjadi dendangan dan nyanyian oleh masyarakat Islam yang mungkin tidak mengerti dan memahami lirik lagu tersebut. Ayat "her whisper is the Lucifer" bila ditukarkan kepada Iblisboleh menjadi ayat yang sebegini - "Bisikannya adalah Iblis". Perhatikan maksud ayat itu lagi terang dan nyata bahawa lirik lagu ini boleh membawa kepada syirik. Syirik adalah tergolong dalam perbuatan yang berdosa besar. Bolehkah lagu ini diterima?
Lirik kedua yang dialih bahasa:-
Your undeniable spell is the Lucifer
Your undeniable magic is the Lucifer
When I approach you
With your angelic face
Say the reason you live is for me
Say it
Maksud:
Mantra kau yang tidak boleh disangkal adalah Lucifer
Sihir kau yang tidak boleh dinafikan adalah Lucifer
Ketika aku mendekati kau
Dengan wajah malaikat
Katakanlah alasan kau hidup adalah untukku
Katakan
Jadi siapakah yang dimaksudkan dalam ayat ini? Anda pasti tahu maksudnya. Cuba perhatikan ayat "Katakanlah alasan kau hidup adalah untukku" dan bila kita baca kembali sejarah pengusiran Iblis dari syurga, ia telah bersumpah untuk bersama berdamping dengan bani Adam dan hidup untuk memusnahkan dan menghancurkan mereka supaya menjadi pengikut-pengikut Iblis dalam neraka Jahanam. Adakah maksud lirik itu tidak terang lagi?
Walaupun video klip lagu Lucifer tidak menunjukkan sebarang keraguan dan juga tidak menunjukkan sebarang bukti kewujudan penyembahan kepada Iblis, lirik Lucifer itu sendiri sebenarnya telah menerangkan segala-galanya. Tetapi baru-baru ini, persembahan mereka ada menunjukkan unsur-unsur masonik seperti gambar dibawah ini:-
SHINee
SHINee terang-terangan dikelilingi oleh corak petak hitam putih Masonik. Saya rasa kita semua tahu siapa yang pemilik corak itu sekiranya anda membaca artikel-artikel sebelum ini.
Sebagai pendengar, anda seharusnya peka akan lagu-lagu, video muzik yang mungkin akan menyelitkan perkara-perkara syirik dan salah disisi syarak. Sebagai seorang Islam sudah tentunya lagu-lagu seperti ini haram didengar dan dinyanyikan seperti yang termaktub dalam fatwa pengharaman lagu dari Kumpulan Black Metal. Mengenai hal ini:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan  Kumpulan Black Metal Serta Langkah-Langkah Menanganinya. Muzakarah telah memutuskan bahawa amalan dan perbuatan Kumpulan Black Metal adalah sesat dan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. Oleh itu, umat Islam diminta menjauhi kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam (sumber).
Kumpulan SHINee ini adalah merupakan kumpulan Korean Pop, adakah ianya tidak termasuk dalam kumpulan yang dikatakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut? Disebabkan ia bukanlah kumpulan Black Metal maka, ianya tidak menjadi salah mendengar lagu daripada kumpulan itu? Adakah anda fikir demikian? Mungkin kumpulan SHINee hanya mempunyai satu lagu yang menyerupai kumpulan Black Metal yang banyak mendendangkan lagu penyembahan kepada Iblis, tetapi perlu diingat lagu Lucifer itu juga boleh menyesatkan akidah umat Islam dimana-mana. Adakah kita boleh biarkan?
Sebagai umat Islam yang peka akan masalah ini, anda boleh mengambil tindakan dengan tidak membiarkan sesiapa pun mendengar akan lagu Lucifer ini termasuk diri anda. Lirik lagu yang telah disertakan di atas merupakan terjemahan daripada bahasa Korean. Itupun hanya sebahagian yang dapat disertakan. Tujuannya untuk pengajaran dan pengetahuan mengenai lagu Lucifer ini.
Sebenarnya banyak lagu yang mendendangkan penghormatan ataupun penyembahan kepada Iblis seperti lagu Alejandro dari Lady Gaga. Semuanya adalah dari konspirasi Dajjal.
Dengan ringkas artikel ini boleh mengatakan Iblis=Lucifer=Azazil mengikut perantaraan masa yang berbeza. Maka lagu ini mengisahkan apa agaknya? Adakah semua ini secara kebetulan?
Wallahualam....

No comments:

Post a Comment